Sunday, August 21, 2011

Tiada Kata..

Happy weekend and Happy fasting!

>>Ringankan tangan bersedekah.
>>Perbanyakkan amal.
>>Jaga lidah dan jaga hati.
>>Perkuatkan ukhwah.

May Allah bless us all.... ;)




p/s : love ourselves and love others..but don't forget our creator.. much love.. <3

Wednesday, July 6, 2011

Gelora Hati...

Wahhhh...tajuk pun dah dup dap dup dap...ada masalah hati ke? Sibuk betul dengan hidup. Hari ni baru sempat kongsi cerita dekat sini. Rasanya bosanlah nak cerita pasal cinta. Klise..chewaah~ bukan tak nak cerita, tapi takut menangis sendiri. Dah tajuk pun gelora, meh kita sama-sama bayang laut. Ada laut tenang je airnya, ada yang berpusar-pusar dan ada juga yang bergelora dengan ombak tinggi. Hati saya hari ni kategorinya dekat laut yang tenang. Muka senyum je, orang tengok bahagia betul hidup Bedah (Minah dah ramai sangat) ni. Tapi hati kat dalam Allah je yang tau ( lagu tema M.Daud Kilau - cek mek molek). 

Apa yang saya nak kongsi dekat sini, walau macam mana berat pun masalah yang kita ada, jangan sampai masalah yang kita anggap beban tu menyusahkan orang lain. Saya paling tak suka orang yang tak boleh kawal marah. Ada masalah, habis orang sekeliling kena panahan asmara  amarah dia. Tips yang saya boleh bagi dekat sini, kalau marah kita banyakkan istifar, selawat. Kalau saya senang je, ada kawan naik angin saya cakap "eh! Senyum sikit..lama x tengok gigi hang". Rasa je nak marah, cepat-cepat istifar, pergi ambil wuduk ke, sejuk hati sikit kan. 

Anugerah Allah pada manusia yang paling besar ialah SABAR. Cuba kita fikir, kalau lah Nabi Muhammasd SAW dulu x dikurniakan dengan sifat mulia ni, boleh tak Islam tersebar macam sekarang? Saya ada satu kisah pasal Zaid bin Sa'nah. Datang seoarang Badwi kepada Rasulullah. "Ya Rasulullah, di kampung sana terdapat sekelompok manusia yang memeluk Islam dengan mengatakan bahawa jika mereke memeluk Islam, mereka akan mendapat rahmat dan rezeki daripada Allah. Tapi apa yang jadi, lepas mereka dah menjadi Muslim, berlaku satu kemarau yang berlarutan. Arab Badwi ni rasa sangat kuatir jika kelompok tadi kembali kufur. namun pada ketika itu, tiada lagi bekalan makanan pada Rasulullah. Seorang pendeta Yahudi Zaid bin Sa'nah mendengar kata-kata Badwi tadi dan menawarkan bantuan berupa pinjaman kepada Rasullah. dua atau tiga hari sebelum datangnya waktu pembayaran hutang, Zaid telah datang menemui Rasulullah, ketika itu baginda baru selesai menyembahyangkan satu jenazah. Zaid mendekati Rasulullah dan memegang erat jubah yang dipakai Rasulullah dan berkata dengan kerasnya "Hai Muhammad, bayar hutangmu kepadaku! Demi Allah aku tau bahawa seluruh keluarga Abdul Muthalib selalu mengundurkan waktu membayar hutang." Melihat kejadian itu, Umar bin Khatab r.a. "Hai musuh Allah! Engkau begitu kasar terhadap Rasulullah dan menghinanya, Demi yang memiliki jiwaku ditanganNya, kalau tidaklah kerana kehormatan Rasulullah disini, sungguh akan aku potong lehermu dengan pedangku" 

Rasulullah memandang Zaid dengan tenang lalu baginda berkata kepada Umar, "Hai Umar. antara aku dan dia ada urusan hutang. Pergilah bersamanya (ke tempat penyimpanan kurma). Bayarlah hutang itu kepadanya dan tambahlah 20 sha timbangan sebagai hadiah untuk menghilangkan amarahnya." Atas akhlak terpuji yang ditunjukkan oleh Rasulullah dengan bersikap tenang dan sabar walau diri dan kaum keluarganya dihina menyebabkan Zaid bin Sa'nah seorang pendita Yahudi berbangsa Israil terbuka hatinya memeluk Islam. 

Kesimpulannya, jangan kita cepat melatah dengan fitnah dan hinaan manusia. Minta tolong dengan Allah. Jangan kita takut jika manusia tidak suka apa yang kita lakukan, tapi takutlah jika Allah tidak redha dengan apa yang kita lakukan.
p/s : Banyakkan sedekah dengan senyum.. ;)




Wednesday, September 22, 2010

~~Hati~~

Hi all! I've made my LIFE decision today...I mean LIFE!..and I think it should be good for me. Saya menangis sebab lelaki..rasa sangat bodoh.. tipu doktor untuk dapatkan MC sebab tak de mood nak ke kelas. Sejujurnya saya dah jumpa lelaki yang sangat mengambil berat, rasa selesa berkomunikasi, pandai mengambil hati dan ada segala apa yang saya nak. Tapi disebabkan seorang lelaki yang saya anggap kawan, yang pernah meluahkan perasaan hatinya tanpa berselindung saya mengambil keputusan untuk meninggalkan lelaki yang saya anggap sebagai sempurna tanpa berfikir. Hari ni, setelah menilai baik buruk bagi diri sendiri, bagi dirinya..saya telah berterus terang dan amat berharap dia terima. InsyaAllah~~~ (+__+)